Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
"Diri" ini mempunyai sifat sifat:
Firasat nya amat tinggi.
Ilmu nya tak tercapai oleh pemikiran kita.
Perbuatan nya di luar jangkaan akal kita.
Ia nya bijak kerana datang dari yang Maha Bijak .
Kata kata nya beriman.
Baik nya bukan kepalang.
Bila marah ianya marah marahan.
Padanya ada ubat
Padanya ada ketenangan
Padanya ada kekuatan
Ia adalah pancaran Roh dari dalam jasad dan menerangi seluruh dalaman jasad sehingga ia menyerupai jasadnya sendiri, dan batas pancaran ini dengan dunia luar hanyalah lapisan kulit kita. Dan pancaran ini juga lah yang berjalan di semua saluran darah dan urat saraf kita. Umpama kabel letrik yang di baluti dengan getah dan terdapat aliran karen di kabel tersebut, tapi di batasi oleh getah yang membalut kabel tersebut.
Mengenal "Diri" ialah dengan merasai karen tersebut dan pancaran nya. dan jika kita mahu kita boleh mengarahkan ia nya berbuat sesuatu dengan kemahuan yang sungguh sungguh.
Tapi yang utama dalam ilmu ini ialah mendapatkan KEREDHAAN ALLAH dengan cara mengenalnya....bukan kah mengenal diri mengenal Allah......Dan tidak dapat dinafikan Pancaran Roh ialah "Diri" dan kedua kedua ini berasal dari sana dan ini lah Rahsia nya.......Rahsia Allah.
Kesimpulannya.
Yang dikatakan "Diri" ini berada di dalam Jasad Kasar kita, dan dialah penghidup jasad di luar. Ada yang memanggil Rohani kepada nya, dan ada lagi macam macam nama untuk nya, tapi bagi kami cukup dengan memanggil nya "Diri"
"Diri" ini datang nya dari Allah dan menjadi Rahsia nya dan bukan kah kerana Diri ini maka Jasad di ciptakan??
Kenali lah Diri Mu itu kerana dengan mengenal nya dan berpegang pada nya dengan sendirinya kita telah mempunyai itu pendirian.yang kukuh berasaskan Diri Sebenar Diri. Berkeyakinan dan akan bertambah keimanan kita kepada Allah Yang Maha Besar, dengan zikir dan mengucap dua kalimah shahadat itu akan menjadi pakaian kita.....insyaallah.
Dengan mengenal Diri Ini dan yang akan kita bawa dalam kehidupan kita, insyaallah seumpama kata orang orang tua, Dunia diikut, Akhirat di tuntut.
DIRI
Ianya duduk didalam jasad
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
Dia lah yang Menghidupkan kita
PuncaK tenaga
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
Tidak ada komentar:
Posting Komentar